Home Made Beef Sandwich

Tuesday, November 9, 2010

Sebelum ditutup dan dikapit dalam roti dan di ngap di dalam mulut!!!



Dah lama menunggakkan pelbagai resepi. Sebab utama: MALAS nak update blog. Tapi ni ade resepi simple untuk di share bersama, Home Made Beef Sandwich.



Bahan-bahan


Bahan A


1/2 bungkus Daging lembu cincang (aku guna jenama Ramli)
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
3 ulas Bawang kecil (dihiris halus)
2 Batang daun bawang (dihiris halus)
Minyak untuk menggoreng (sikit saje)


Bahan B

Daun salad (untuk hiasan)
Sedikit Sos (untuk hiasan)
Beberapa keping roti gardenia

Cara-cara
1) Campur semua bahan dan gaul rata Bahan A
2) Kepal-kepal kan campuran tadi dan lenyek ikut suka untuk membentuk. Boleh guna acuan, atau 'free-hand' (buat macam nak buat bergedil)
3) Panaskan minyak dalam kuali dengan kuantiti yang sikit
4) Goreng adunan tadi hingga masak. Balik-balikkan dengan hati2.
5) Angkat dan letak atas roti dan hidangkan mengikut selera masing2, ditambah salad, sos cili atau tomato.


Tips: Adunan yang diacu, mesti besar-besar. Kerana bila hampir masak, adunan akan mengecil/mengecut. Tekan supaya adunan nipis supaya cepat masak. Boleh dibakar menggunakan oven/microwave, lebih cepat dan mudah.

Resepi Ikut Suka Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino