Lala...

Sunday, March 21, 2010


Resepi ni dah lama dah buat (masa jamu kawan buka puasa kat entry ni). Tapi sebab resepi yang buat semalam, amik gambar masa saki baki jadik malu-malu ayam la nak letak frontpage. Cover la ngan resepi lama ni dulu dan yang latest kat bahagian bawah..keh keh keh..

Lala Masak Lemak Cili Padi dengan Nenas

Bahan-bahan

1) Sekilo lala
2) Sekotak santan M&S
3) 5-6 batang cili padi (ditumbuk halus, ikut kalau nak pedas tambah lagi)
4) Sehelai daun kunyit
5) Serbuk kunyit, sesedap rasa dan rupa
6) Garam secukup rasa
7) Air secukupnya
8) Seulas bawang putih dan merah dihiris halus
9) Sepotong nenas (saiz sederhana)


Cara-cara

1) Campurkan semua bahan kecuali lala dan garam dengan masukkan secawan air.
2) Kacau kuah hingga menggelegak.
3) Masukkan lala dan kacau hingga semua lala agak separuh terbuka
4) Masukkan garam, rasa dulu supaya tak terlebih letak garam sebab lala dah masin. (jika pedas, masukkan sesudu besar gula dan kacau lagi)


Lala masak rempah
Gambar tak senonoh sket, dah nak abeh..hehehe


Bahan-bahan

1) Setengah kilo lala (tak banyak mana pon kalau kaki ratah cam aku :p)
2) Sesudu besar rempah kari ikan
3) Sesudu cili giling/blender
4) Seulas bawang merah dan putih dihiris halus
5) Sesudu serbuk kunyit
6) Garam dan gula secukup rasa
7) Setengah cawan air
8) Minyak untuk menumis

Cara-cara

1) Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis bawang hingga naik bau.
2) Tumis cili hingga garing dan naik bau.
3) Masukkan rempah dan kunyit dan tumis hingga garing
4) Masukkan lala dan gaul rata dalam periuk. Tunggu hingga lala hampir masak.
5) Masukkan air ikut selera kalau nak berkuah
6) Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Udang Goreng Kunyit + Sambal Telur Separuh Masak..

Thursday, March 18, 2010

Udang goreng kunyit


Salam,
update lagi pasal menu minggu ni. Kali ni, suke nak main campak2 ape yg ada dalam peti ais. So, hasilnye resepi simple tapi tangkap leleh! (sebab pedas..haha..)


Udang Goreng Kunyit Bahan-bahan

1) 10-12 ekor udang sederhana besar (dibersihkan dan dibuang kepala)
2) 5-6 batang Kacang buncis (dipotong serong, agak2 1.5cm gitu2 gak)
3) Seulas bawang merah dan putih dihiris nipis
4) sebatang lada hijau/merah dipotong nipis
5) Sepotong karot, dipotong panjang2 agak2 1.5 cm juge
6) Kunyit serbuk secukup rasa dan warna
7) Garam secukup rasa
8) Minyak untuk menumis


Cara-cara

1) Panaskan kuali, masukkan minyak dan masukkan bawang. Kacau sedikit, tak perlu sampai garing. Masukkan udang. Masak hingga nampak separuh masak (udang bertukar warna)
2) Masukkan karot dan kacau sebati.
3) Masukkan serbuk kunyit dan kacau lagi dalam 2-3 minit sehingga udang nampak serperti hampir masak.
4) Masukkan potongan kacang buncis dan cili, kacau hingga kacang sedikit layu/masak dan udang betul2 masak. Masukkan sedikit garam, kacau dalam 1-2 minit dan tutup api. Boleh dihidangkan.


Tips

1) Untuk tahu udang sudah masak atau belum, tengok antara kulit dan isinya. Jika nampak ada ruang/terpisah, maknanya udang sudah cukup masak.




Sambal Telur Separuh Masak

Bahan-bahan

1) 2 biji telur saiz sederhana
2) 3 sudu besar cili blender/cili giling (kalau tak suka pedas, just masukkan dalam 2 sudu dah mencukupi
3) Sedikit garam dan gula secukup rasa
4) Seulas bawang putih dan merah dihiris halus
5) Minyak untuk menumis
6) Sedikit air


Cara-cara

1) Panaskan minyak, tumis bawang hingga naik bau.
2) Masukkan cili giling dan tumis hingga garing/naik bau.
3) Masukkan sedikit air dan kacau sebati. (agak2 supaya masa masukkan telur, kuah tidak cepat kering untuk bagi telur jadi separuh masak)
4) Masukkan garam dan gula mengikut sukatan/rasa yang sesuai. (pastikan gula dan garam tu betul2 memenuhi sukatan atau sesedap rasa, sebab bila dah masukkan telur nanti, dah tak boleh kacau lagi kuahnye)
5) Masukkan telur dengan hati-hati supaya kuningnya tidak pecah.


Rupa telur di pecahkan dalam kuali


6) Tunggu hingga kuah menggelegak, dan kaut sedikit kuah yang ditepi2 telur tadi ke atas telur, untuk memasakkan bahagian atas telur (jangan kacau ye, nanti pecah pulak kuningnye, dah jadi telur hancur plak!)
7) Tunggu telur menjadi seperti yang diingini, dan tutup api. Angkat dengan hati-hati untuk dihidangkan. Telur sudah siap, dan boleh dimakan dengan nasi atau roti.


Selamat mencuba!!!

Daging Black Pepper dengan fishball dan kailan + Telur dadar nostalgia

Tuesday, March 16, 2010


Semenjak dua menjak ini, sangat malas masuk dapur hokeyyy...due to eczema di tangan ku yang tak baik2 sgt lagi. Tapi semlm, memikirkan sayur-mayur hasil 'tuaian' dari Cameron Highlands, pegi masa weekend aritu, haruslah cuba-cuba merajinkan diri. Tapi lauk yang dimasak, se simple mungkin....Layannnn resepi...



Bahan-bahan


1) Daging secukupnya (aku guna 5 keping daging yang dipotong panjang mcm kat pasaraya tu, tapi aku potong lagi jadi half..jadi dapatla 10 keping daging)
2) 5 pokok baby kailan
3) Sepotong kecil karot (agak-agak dalam segenggam kecil, dipotong panjang dalam 1.5cm. Sila jangan amik pembaris, agak2 cukup le...)
4) 5 biji fishball ikan parang (dibelah dua setiap satu)
5) Sebiji bawang putih dan merah (dihiris halus)
6) Lada hitam secukup rasa (kalau kata rajin, tumbuk. Kalu malas cam aku, guna yang dah siap hancur yang jual lam botol tu. Aku guna jenama McCormick ke ape ntahnye, botol ijau. Baki yang guna masa pantang..hehehe)
7) Kicap manis secukup rasa
8) garam secukup rasa
9) Satu sudu tepung jagung (bancuh dengan 4 sudu besar air)
10) 2 cawan air
11) Minyak untuk menumis



Cara-cara


1) Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bawang hingga naik bau
2) Masukkan daging dan goreng hingga separuh masak dan masukkan lada hitam
3) Masukkan air dan kicap secukupnya. Kalau ada sos tiram lagi bagus, masukkan sesudu besar sos tiram.
4) Masukkan fishball dan karot, masak hingga meggelegak. Baru masukkan baby kailan. Agak2 kailan hampir masak, baru masukkan garam secukup rasa dan bancuhan tepung jagung.
5) Kalau suka lada hitam lebih, boleh masukkan lagi lada hitam. Kacau hingga kuah agak pekat dan tutup api. Boleh dihidangkan.



Tips:


1) Jika masak menggunakan tepung jagung, dan kuah lambat pekat. Angkat/ketepikan dulu bahan/isi dalam kuah tadi ke dalam mangkuk/pinggan. Kacau kuah tadi atas api sampai pekat mengikut selera masing-masing. Tips ni berguna bila masak menggunakan sayur. Sebab kalau lama sangat nak tunggu kuah pekat, takut nanti sayur menjadi sangat layu jika tak diasingkan.



Telur Dadar Nostalgia.

Kenapa nama dia camtu? Sebabnye resepi telur dadar ni, aku tgok masa kat cafe Kolej Rahman Putra (KRP), UTM masa zaman aku belajar dulu. Tukang masak cafe tu dadar kan telur untuk nasi goreng pattaya. Resepi ni ringkas tapi sedap. Balik cuti semester, aku goreng untuk anak2 sedara aku. Dorang sangaaatttt suka!



Bahan-bahan


1) 2 biji telur saiz sederhana (dipukul hingga sebati kuning dan putihnya)
2) 4 sudu besar sos cili (aku guna 2 peket sos McD. hehehe...)
3) Garam secukup rasa.
4) Minyak untuk menggoreng.


Cara-cara


1) Campur sebatian telur dengan sos tadi dan kacau sampai sebati dan masukkan sedikit sahaja garam.
2) Panaskan kuali, dan dadar telur seperti biasa di dalam kuali.
3) Balik2kan telur dan angkat untuk dihidangkan.


Tips:

1) Telur dicampur sos ini senang nampak seperti hangit dibahagian bawah. Tapi tak perlu takut, yang hitam tu tak pahit, percayalahhhh...Untuk lagi cepat masak, semasa telur atas dapur, potong ditengah2 untuk bagi bahagian tengah yang agak tebal tu betul2 masak.
2) Menu ni lagi sedap kalau ditambah daun bawang/daun sup.

Selamat Mencuba!!!!

Nasi Lemak, Sambal Sardin

Tuesday, March 9, 2010



Salam,
kali ni resepi ringkas nasi lemak serta sambal sardin..Malas banyak celoteh, resepi nya seperti di bawah: :)


Resepi Nasi Lemak

Bahan-bahan :

1) 3 1/2 pot beras (dibasuh bersih)
2) Santan (setengah kotak M&S)
3) Bawang merah dan putih (masing-masing seulas, dihiris nipis)
4) Halia (sebesar ibu jari, dipotong halus/boleh ikut suka nak masuk seketul pon)
5) Daun pandan (sehelai, dibasuh bersih dan disimpul)
6) Kulit kayu manis (jika mahu, macam aku, tak masukkan pon..hehehe)
7) Garam secukup rasa
8) Air secukupnya


Cara-cara :

1) Masukkan semua bahan #1 hingga #7 ke dalam periuk nasi (dalam kes ni aku pakai periuk elektrik)
2) Kacau semua bahan supaya bercampur
3) Masukkan air mengikut sukatan seperti masak nasi biasa, tetapi lebihkan air dalam 1.5 cm (agak-agak, jangan ada yang pi amik pembaris plak sukat...haruuu..haru...sukat guna jari je)
4) Dalam kes sukatan nasi ni, saya masukkan garam dalam 2 sudu kecil garam.
5) Maka letak la dalam cooker, tutup (jangan buka2) sampai la nasi tu siap masak (cooker dalam keadaan keep warm/tak lagi dalam keadaan cook..hehe)
6) Dah siap masak, kacau2 sket supaya masak sebati. (selalunya ikut pengalaman yang tak seberapa ni, kalau masak guna periuk nasi (rice cooker) berjenama, jarang akan ada kerak di bawah. Kalau masak nasi lemak. Kalau guna yang cikai cam rumah aku punya tu, ada la kerak2 sket.Buat2 tak nampak je laaa...)
7) Hidangkan nasi tadi dengan ikan bilis goreng, sambal, timun dipotong dan telur dadar-macam dalam gambar..hehehe(jika suka)

Tips Buat Nasi Lemak:
1) Kalau nak nasi lemak tahan lama, masak dulu santan tu asing. Kacau2 sampai didih, masukkan garam. Baru masukkan bersama-sama nasi untuk dimasak. InsyaAllah, nasi lemak akan bertahan lama
2) Kalau ditakdirkan nasi tu mentah, masukkan cawan berisi air ke dalam periuk nasi yang baru dipadamkan (masih panas) dan biar seketika. InsyaAllah, nasi akan ok. (petua mak aku nih)



Resepi sambal sardin


Bahan-bahan

1) Sardin tin (cap ape pon takpe, yang aku guna ni cap Cinta)
2) Seulas bawang merah dan putih dihiris halus
3) Minyak untuk menumis
4) 3 sudu besar cili boh/giling/blender (aku guna jenama Puteri, tak perlu tambah asam sebab dah sedia masam)
5) Air dan garam secukup rasa



Cara-cara

1) Panaskan kuali dengan minyak secukupnya untuk menumis
2) Tumis bawang yang dihiris sehingga naik bau dan bertukar kekuningan (bukan kehitaman ye)
3) Masukkan cili boh/giling/blender. Tumis hingga naik bau dan garing.
4) Masukkan kuah sardin tin ke dalam kuali. Kacau sebati dan masukkan sedikit air jika kuah terlalu kering. (ikut selera masing-masing). Boleh lah dimasukkan garam secukup rasa dan kacau lagi hingga sedikit menggelegak.
5) Masukkan isi ikan tadi ke dalam kuali dan kacau dengan hati-hati (takut nanti isi ikan hancur). Dan biarkan menggelegak sebentar sahaja.
6) Tutup api, dalam boleh hidang dengan nasi lemak di atas. Selamat mencuba!!!

Sup Suhun

Tuesday, March 2, 2010




Asik-asik sup je kan? Ape nak buek, itu yang sesuai buat bekal anak gi 'sekolah'....Dina sekarang ni selera susah nak dijangka. Jadi aku wat sup suhun. Boleh di makan saja, ataupun dimakan dengan nasi bersama-sama rakan-rakan kat nursery dia. Jadinye, takla dia boring asik ngadap pasta jek :P Kalau dia nak makan nasi, leh letak sup suhun. Kalau tanak, leh makan sup suhun saja. Setakat ni, itu je alternatif yang terpikir dek otak hamba.. hehe...

Bahan-bahan



1) Suhun dan fucuk seplastik (tak reti nak sukat, kira mcm 1 plastik kecik beli kat pasaraya tu)
2) Sepotong kecil tomato (hiris nipis)
3) Karot (potong dadu)
4) Kentang (potong dadu)
5) Sesudu marjerin
6) Sepotong kecil bawang merah dihiris halus
7) Ikan bilis dibersihkan, dibuang tahi dan tulang dan dihiris nipis (nak tumbuk pon boleh)
8) Air secukupnya

Cara-cara

1) Rendam suhun dan fucuk dengan air panas
2) Setelah sedikit kembang/lembut, gunting dengan gunting dapur kepada bahagian kecil untuk mudah anak nak gigit dan telan
3) Panaskan periuk, masukkan marjerin dan tumis bawang sampai naik bau
4) Tumis karot, kentang, tomato, ikan bilis sampai naik bau
5) Masukkan air, sukat sesuka rasa. Kalau nak kuah lebih, letak lebih
6) Masukkan suhun dan fucuk yang dipotong tadi dan masak hingga menggelegak
7) Tutup api dan hidangkan (dalam kes aku ni, masukkan dalam thermos anak untuk bekal kat nursery)

Sambal Sotong dan Kari Ikan Tenggiri

Monday, March 1, 2010

Salam,
mungkin bagi sesetengah orang, menu ni nampak mudah. Tapi macam aku 1st time mula bergiat masak dulu, terkial-kial gak nak bagi rasa yang umpphhh....okla, layan menu pertama yang menjadi faveret husband aku. Kalau makan, tak tengok kiri kanan dah. Hehe...

Sambal Sotong

Bahan-bahan (untuk 2 orang)

1) 5-6 ekor sotong sederhana besar (dibersihkan, buang tulang, buang 'dakwat', buang atas kepala yang keras tu, bersihkan perut sotong). Kalau yang ada telur tu, perut masih perlu dicuci dengan hati-hati supaya telur tak tertanggal dari badan sotong
2) 5 sudu besar cili boh/ cili blender/ cili giling (aku guna jenama Puteri jadi tak perlu tambah asam masa memasak, sebab dah masam mungkin disebabkan cuka/pengawet yang ada dalam cili tu), boleh tambah lebih kalau nak pedas.
3) 2 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih dihiris halus (yang suka nak diblend pon takpe, aku ni malashhhh..jadiknye hiris jek!..hehe)
4) 3 sudu minyak masak (agak2 ikut suka/ckup)
5) Gula dan garam secukup rasa
6) Sedikit air (jika perlu)


Cara-cara

1) Panaskan periuk/kuali, masukkan minyak dan kemudian masukkan bawang yang telah dihiris
2) Dah naik bau bawang tumis tu, masukkan cili giling. Tumis sampai naik bau dan cili nampak garing (jangan sampai hangit pulak!)
3) Masukkan sotong. Gaul sebati dengan tumisan tadi. Biarkan seketika sampai air sotong keluar dari sotong. Masukkan gula dan garam secukup rasa. (gula ni untuk pengganti ajinomoto/serbuk perasa)
4) Masukkan air jika perlu sahaja. Sometimes, untuk sotong yang fresh, air dari sotong tu dah memadai. Jadi kuah akan jadi pekat semulajadi. Kalau tambah air, nanti cair sangat pulak tak jadi macam sambal.
5) Sotong tak perlu dimasak terlalu lama. Nanti isi akan jadi liat. Setelah kuah sedikit menggelegak, tutup api dan boleh la ditabur bawang besar yang dihiris halus jika suka dan boleh dihidangkan...

Kari Ikan Tenggiri

Bahan-bahan (untuk 2 orang)

1) Sepotong ikan tenggiri (ambil bahagian yang banyak isi)
2) 5 sudu besar Perencah kari ikan (aku guna jenis adabi), campurkan dengan secawan air.
3) Minyak secukupnya
4) 2 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih dihiris halus(blend pon bagus)
5) 5 batang bendi (potong tangkai sedikit dan bersihkan)
6) 1 biji tomato saiz besar (dipotong serong)
7) Garam secukup rasa
8) Setengah kotak santan (aku guna santan M&S)
9) Air secukupnya
Cara-cara

1)Panaskan periuk, masukkan minyak. Masukkan hirisan bawang tadi. Tumis sampai naik bau/kekuningan.
2) Masukkan rempah kari yang dicampur air tadi. Tumis hingga garing/naik bau. Kacau, jangan ditinggalkan, takut hangus.
3) Masukkan santan, dan kacau sebati. Macam aku, santan ni akan jadi sangat pekat. Jadi, aku tambah air sedikit. Kacau lagi, dan masukkan bendi tadi.
4)Biarkan hingga menggelegak sedikit, baru dimasukkan ikan.
5) Biarkan menggelegak sedikit (sambil kacau). Lama-lama minyak akan naik sikit dibahagian atas. Masukkan garam dan kacau sebati.
6) Agak-agak ikan dan bendi dah masak (jangan terlampau layu bendi tu,atau anggaran 3 minit daripada step ke-5 tadi), tutup api dan masukkan tomato tadi dan kacau lagi. Boleh lah diangkat dan hidang.


Tips pilih bendi :
Patahkan hujung bendi dan lihat sama ada ianya lembik/susah nak dipatahkan. Jika susah nak dipatahkan, maknanya bendi tu pon dah tua.

Resepi Ikut Suka Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino