Sambal Sotong dan Kari Ikan Tenggiri

Monday, March 1, 2010

Salam,
mungkin bagi sesetengah orang, menu ni nampak mudah. Tapi macam aku 1st time mula bergiat masak dulu, terkial-kial gak nak bagi rasa yang umpphhh....okla, layan menu pertama yang menjadi faveret husband aku. Kalau makan, tak tengok kiri kanan dah. Hehe...

Sambal Sotong

Bahan-bahan (untuk 2 orang)

1) 5-6 ekor sotong sederhana besar (dibersihkan, buang tulang, buang 'dakwat', buang atas kepala yang keras tu, bersihkan perut sotong). Kalau yang ada telur tu, perut masih perlu dicuci dengan hati-hati supaya telur tak tertanggal dari badan sotong
2) 5 sudu besar cili boh/ cili blender/ cili giling (aku guna jenama Puteri jadi tak perlu tambah asam masa memasak, sebab dah masam mungkin disebabkan cuka/pengawet yang ada dalam cili tu), boleh tambah lebih kalau nak pedas.
3) 2 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih dihiris halus (yang suka nak diblend pon takpe, aku ni malashhhh..jadiknye hiris jek!..hehe)
4) 3 sudu minyak masak (agak2 ikut suka/ckup)
5) Gula dan garam secukup rasa
6) Sedikit air (jika perlu)


Cara-cara

1) Panaskan periuk/kuali, masukkan minyak dan kemudian masukkan bawang yang telah dihiris
2) Dah naik bau bawang tumis tu, masukkan cili giling. Tumis sampai naik bau dan cili nampak garing (jangan sampai hangit pulak!)
3) Masukkan sotong. Gaul sebati dengan tumisan tadi. Biarkan seketika sampai air sotong keluar dari sotong. Masukkan gula dan garam secukup rasa. (gula ni untuk pengganti ajinomoto/serbuk perasa)
4) Masukkan air jika perlu sahaja. Sometimes, untuk sotong yang fresh, air dari sotong tu dah memadai. Jadi kuah akan jadi pekat semulajadi. Kalau tambah air, nanti cair sangat pulak tak jadi macam sambal.
5) Sotong tak perlu dimasak terlalu lama. Nanti isi akan jadi liat. Setelah kuah sedikit menggelegak, tutup api dan boleh la ditabur bawang besar yang dihiris halus jika suka dan boleh dihidangkan...

Kari Ikan Tenggiri

Bahan-bahan (untuk 2 orang)

1) Sepotong ikan tenggiri (ambil bahagian yang banyak isi)
2) 5 sudu besar Perencah kari ikan (aku guna jenis adabi), campurkan dengan secawan air.
3) Minyak secukupnya
4) 2 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih dihiris halus(blend pon bagus)
5) 5 batang bendi (potong tangkai sedikit dan bersihkan)
6) 1 biji tomato saiz besar (dipotong serong)
7) Garam secukup rasa
8) Setengah kotak santan (aku guna santan M&S)
9) Air secukupnya
Cara-cara

1)Panaskan periuk, masukkan minyak. Masukkan hirisan bawang tadi. Tumis sampai naik bau/kekuningan.
2) Masukkan rempah kari yang dicampur air tadi. Tumis hingga garing/naik bau. Kacau, jangan ditinggalkan, takut hangus.
3) Masukkan santan, dan kacau sebati. Macam aku, santan ni akan jadi sangat pekat. Jadi, aku tambah air sedikit. Kacau lagi, dan masukkan bendi tadi.
4)Biarkan hingga menggelegak sedikit, baru dimasukkan ikan.
5) Biarkan menggelegak sedikit (sambil kacau). Lama-lama minyak akan naik sikit dibahagian atas. Masukkan garam dan kacau sebati.
6) Agak-agak ikan dan bendi dah masak (jangan terlampau layu bendi tu,atau anggaran 3 minit daripada step ke-5 tadi), tutup api dan masukkan tomato tadi dan kacau lagi. Boleh lah diangkat dan hidang.


Tips pilih bendi :
Patahkan hujung bendi dan lihat sama ada ianya lembik/susah nak dipatahkan. Jika susah nak dipatahkan, maknanya bendi tu pon dah tua.

0 comments:

Resepi Ikut Suka Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino