Nasi Lemak, Sambal Sardin

Tuesday, March 9, 2010



Salam,
kali ni resepi ringkas nasi lemak serta sambal sardin..Malas banyak celoteh, resepi nya seperti di bawah: :)


Resepi Nasi Lemak

Bahan-bahan :

1) 3 1/2 pot beras (dibasuh bersih)
2) Santan (setengah kotak M&S)
3) Bawang merah dan putih (masing-masing seulas, dihiris nipis)
4) Halia (sebesar ibu jari, dipotong halus/boleh ikut suka nak masuk seketul pon)
5) Daun pandan (sehelai, dibasuh bersih dan disimpul)
6) Kulit kayu manis (jika mahu, macam aku, tak masukkan pon..hehehe)
7) Garam secukup rasa
8) Air secukupnya


Cara-cara :

1) Masukkan semua bahan #1 hingga #7 ke dalam periuk nasi (dalam kes ni aku pakai periuk elektrik)
2) Kacau semua bahan supaya bercampur
3) Masukkan air mengikut sukatan seperti masak nasi biasa, tetapi lebihkan air dalam 1.5 cm (agak-agak, jangan ada yang pi amik pembaris plak sukat...haruuu..haru...sukat guna jari je)
4) Dalam kes sukatan nasi ni, saya masukkan garam dalam 2 sudu kecil garam.
5) Maka letak la dalam cooker, tutup (jangan buka2) sampai la nasi tu siap masak (cooker dalam keadaan keep warm/tak lagi dalam keadaan cook..hehe)
6) Dah siap masak, kacau2 sket supaya masak sebati. (selalunya ikut pengalaman yang tak seberapa ni, kalau masak guna periuk nasi (rice cooker) berjenama, jarang akan ada kerak di bawah. Kalau masak nasi lemak. Kalau guna yang cikai cam rumah aku punya tu, ada la kerak2 sket.Buat2 tak nampak je laaa...)
7) Hidangkan nasi tadi dengan ikan bilis goreng, sambal, timun dipotong dan telur dadar-macam dalam gambar..hehehe(jika suka)

Tips Buat Nasi Lemak:
1) Kalau nak nasi lemak tahan lama, masak dulu santan tu asing. Kacau2 sampai didih, masukkan garam. Baru masukkan bersama-sama nasi untuk dimasak. InsyaAllah, nasi lemak akan bertahan lama
2) Kalau ditakdirkan nasi tu mentah, masukkan cawan berisi air ke dalam periuk nasi yang baru dipadamkan (masih panas) dan biar seketika. InsyaAllah, nasi akan ok. (petua mak aku nih)



Resepi sambal sardin


Bahan-bahan

1) Sardin tin (cap ape pon takpe, yang aku guna ni cap Cinta)
2) Seulas bawang merah dan putih dihiris halus
3) Minyak untuk menumis
4) 3 sudu besar cili boh/giling/blender (aku guna jenama Puteri, tak perlu tambah asam sebab dah sedia masam)
5) Air dan garam secukup rasa



Cara-cara

1) Panaskan kuali dengan minyak secukupnya untuk menumis
2) Tumis bawang yang dihiris sehingga naik bau dan bertukar kekuningan (bukan kehitaman ye)
3) Masukkan cili boh/giling/blender. Tumis hingga naik bau dan garing.
4) Masukkan kuah sardin tin ke dalam kuali. Kacau sebati dan masukkan sedikit air jika kuah terlalu kering. (ikut selera masing-masing). Boleh lah dimasukkan garam secukup rasa dan kacau lagi hingga sedikit menggelegak.
5) Masukkan isi ikan tadi ke dalam kuali dan kacau dengan hati-hati (takut nanti isi ikan hancur). Dan biarkan menggelegak sebentar sahaja.
6) Tutup api, dalam boleh hidang dengan nasi lemak di atas. Selamat mencuba!!!

1 comments:

Anonymous said...

ini first time aku nak masak sardin...semoga dapur ku selamat...amin.

Resepi Ikut Suka Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino