Daging Black Pepper dengan fishball dan kailan + Telur dadar nostalgia

Tuesday, March 16, 2010


Semenjak dua menjak ini, sangat malas masuk dapur hokeyyy...due to eczema di tangan ku yang tak baik2 sgt lagi. Tapi semlm, memikirkan sayur-mayur hasil 'tuaian' dari Cameron Highlands, pegi masa weekend aritu, haruslah cuba-cuba merajinkan diri. Tapi lauk yang dimasak, se simple mungkin....Layannnn resepi...



Bahan-bahan


1) Daging secukupnya (aku guna 5 keping daging yang dipotong panjang mcm kat pasaraya tu, tapi aku potong lagi jadi half..jadi dapatla 10 keping daging)
2) 5 pokok baby kailan
3) Sepotong kecil karot (agak-agak dalam segenggam kecil, dipotong panjang dalam 1.5cm. Sila jangan amik pembaris, agak2 cukup le...)
4) 5 biji fishball ikan parang (dibelah dua setiap satu)
5) Sebiji bawang putih dan merah (dihiris halus)
6) Lada hitam secukup rasa (kalau kata rajin, tumbuk. Kalu malas cam aku, guna yang dah siap hancur yang jual lam botol tu. Aku guna jenama McCormick ke ape ntahnye, botol ijau. Baki yang guna masa pantang..hehehe)
7) Kicap manis secukup rasa
8) garam secukup rasa
9) Satu sudu tepung jagung (bancuh dengan 4 sudu besar air)
10) 2 cawan air
11) Minyak untuk menumis



Cara-cara


1) Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bawang hingga naik bau
2) Masukkan daging dan goreng hingga separuh masak dan masukkan lada hitam
3) Masukkan air dan kicap secukupnya. Kalau ada sos tiram lagi bagus, masukkan sesudu besar sos tiram.
4) Masukkan fishball dan karot, masak hingga meggelegak. Baru masukkan baby kailan. Agak2 kailan hampir masak, baru masukkan garam secukup rasa dan bancuhan tepung jagung.
5) Kalau suka lada hitam lebih, boleh masukkan lagi lada hitam. Kacau hingga kuah agak pekat dan tutup api. Boleh dihidangkan.



Tips:


1) Jika masak menggunakan tepung jagung, dan kuah lambat pekat. Angkat/ketepikan dulu bahan/isi dalam kuah tadi ke dalam mangkuk/pinggan. Kacau kuah tadi atas api sampai pekat mengikut selera masing-masing. Tips ni berguna bila masak menggunakan sayur. Sebab kalau lama sangat nak tunggu kuah pekat, takut nanti sayur menjadi sangat layu jika tak diasingkan.



Telur Dadar Nostalgia.

Kenapa nama dia camtu? Sebabnye resepi telur dadar ni, aku tgok masa kat cafe Kolej Rahman Putra (KRP), UTM masa zaman aku belajar dulu. Tukang masak cafe tu dadar kan telur untuk nasi goreng pattaya. Resepi ni ringkas tapi sedap. Balik cuti semester, aku goreng untuk anak2 sedara aku. Dorang sangaaatttt suka!



Bahan-bahan


1) 2 biji telur saiz sederhana (dipukul hingga sebati kuning dan putihnya)
2) 4 sudu besar sos cili (aku guna 2 peket sos McD. hehehe...)
3) Garam secukup rasa.
4) Minyak untuk menggoreng.


Cara-cara


1) Campur sebatian telur dengan sos tadi dan kacau sampai sebati dan masukkan sedikit sahaja garam.
2) Panaskan kuali, dan dadar telur seperti biasa di dalam kuali.
3) Balik2kan telur dan angkat untuk dihidangkan.


Tips:

1) Telur dicampur sos ini senang nampak seperti hangit dibahagian bawah. Tapi tak perlu takut, yang hitam tu tak pahit, percayalahhhh...Untuk lagi cepat masak, semasa telur atas dapur, potong ditengah2 untuk bagi bahagian tengah yang agak tebal tu betul2 masak.
2) Menu ni lagi sedap kalau ditambah daun bawang/daun sup.

Selamat Mencuba!!!!

0 comments:

Resepi Ikut Suka Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino